Posting kali ni,Aku nk kongsi ngn korg satu cerpen macam besh utk dibaca..cerpen ni tak la berkualiti sgt..tp jln citer die mnarik..ok..enjoy with it..jgn nangis lak..kuikuikui..
p/s : dlm kehidupan ni,ape yg kite rancang,ape yg kite idamkan dan impikan tak smestinya menjadi kenyataan..kekadang,ape yg ade dlm genggaman kite mudah saje terlepas dari genggaman..andai kata sesuatu itu milik kita,tertanam sedalam mana dan sesusah mane pun,ia tetap akan jd milik kita..Tapi,andai kata ia bukan milik kita,terpaksa sajalah menyerah kepadaNYA..mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku dan mungkin ada yg lebih baik atau sesuai yg menanti..wallahualam..
*******************
Setelah menerima panggilan dari papa nya , Haidar merungut sendirian.
'aduhh! Baru je pergi KL hari tu! Dah kena pergi balik! Kalau banyak sangat projek aku kena handle kat KL , apesal la suruh aku handle projek kat Melaka ni? Aduh...! Errmm ! but , its okay ! aku boleh stay rumah auntie Amnah. Hehe ! dapat la jugak lepas rindu dengan toooot! Hehehe ! '
Apabila teringatkan Paun Amnah , Haidar lantas mencapai handphone nya dan segera mendail nombor wanita yang dipanggil "mama" itu walaupun Puan Amnah bukanlah ibunya , tetapi , wanita itu sudah dianggap sebagai ibunya semenjak kecil lagi kerana Ibu Bapa nya berkawan rapat dengan Puan Amnah sekeluarga.
********************
"Assalamualaikum! Hello mama!" ceria suara Haidar apabila mendengar Puan Amnah menjawab panggilanya.
"walaikumsalam. Eyh! Haidar ! hah , kenapa tiba2 call mama ni? Dah lama Haidar tak call mama kan? Kenapa,sayang?"
"hurmm ! alaa ! mama , bukan Haidar sengaja! Banyak kerja la mama! Ermm , mama , Haidar ada meeting at KL the day after tomorrow. So , if mama don’t mind , Haidar ingat nak stay rumah mama for 2 or 3 days. Boleh tak?"
"larhh ! kalau Haidar tak bagitahu pun , kalau main terjah je , mama bagi la Haidar ! just come darling . mama langsung tak kisah ! lagipun , mama berdua je tinggal dengan Eena nie. Syiqa kan dah pergi Universiti? Uncle Rahmat dah balik Temerloh . Ada kerja pulak katanya."
"Ouhh ! okay okay okay mama ! thanks a lot ! love you mama! Urmm ! okay mama , I’ve got to go! Ade lunch dengan client ni! Bye mama , mama take care tau?"
"okay Haidar ,. Haidar pun take care." KLIK! Panggilan sudah dimatikan.
Fuhhh ! settle ! hehe ! boleh la aku jumpa 'adik angkat’ aku tu. Lama jugak tak jumpa dia. Agaknya rindu tak kat aku?! Hmmm..
**********************************
Setelah mengambil masa selama 2 jam setengah perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur , Haidar akhirnya sampai di hadapan rumah Puan Amnah.
"Assalamualaikum! Mama ! mama ! " Pantas Haidar memberi salam sejurus keluar dari perut kereta BMW 5 Series nya.
"Waalaikumsalam . Eh ! Dah sampai anak mama ni? Masuk lah.."
"Thanks mama ! hurmm , mama , eena dah balik sekolah ke? Dah pukul 1 lebih dah ni." Terjungkit2 Haidar mencari Eena , adik angkat nya yang telah lama dia memendam perasaan terhadap gadis itu.
"Laa ! baru masuk terus cari eena. Hurmm ! dia belum balik. Kejap lagi dia balik laa ! eyh Haidar ! mama minta maaf sangat terpaksa tinggalkan Haidar for a while ! mama nak kena pergi melawati jap. Hurmm ! Haidar tidur dekat bilik Eena . Eena nanti tidur bilik Syiqa. Okay? Mama pergi kejap eyh?bye..."
kelam kabut Puan Amnah memakai kasut lalu meniggalkan Haidar dirumah nya sendirian. Mungkin kedengaran agak tak sopan , tapi , nak buat macam mana ? dia kena pergi settle kan beberapa hal yang tak dapat dielakkan !
"Ouh! Okay mama!" Faham dia akan ditinggalkan berseorangan di rumah teres satu tingkat itu , dia terus menyesuaikan diri dan terus menuju bilik yang dikatakan oleh wanita itu.
'hurmm.. bilik Eena.. tak mengamuk ke budak tu kalau aku tidur bilik dia?! ahh ! lantak laaa! Dah mama yang suruh.’
Sedang Haidar membuka baju T-Shirt nya , tiba tiba pintu bilik nya dibuka dari luar!
"Arghhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"Terkejut beruk Eena bila melihat ada seorang lelaki di dalam biliknya! Lagi lagi tidak berbaju. Mau nya tidak menjerit?!
"Laaa..! abang Haidar! Ingat kan siapa laa tadik! Aduyaiii ! eyh ! bila pulak abang sampai ni? Mama tak de bagi tao eena pon?! Haaa! Nak buat surprise kea? Hahaha!" bertubi tubi soalan yang keluar dari mulut gadis itu!
"hurmmm ! Eena ! abang pon terkejut laaa! Ingat sapa la yang masuk bilik tak ketuk ! dah tu siap menjerit lagi! Haha ! abang sampai tadik laa.. semalam abang ada call mama , tapi mama lupa kot na bagitao eena. Takpe la ! eena pon dah tengok abang sampai kan? Haha ! eyh ! tak rindu abang ke? Tak nak peluk peluk? hahahah"
sengaja Haidar mengusik gadis dihadapan nya itu. Diharapnya dapat melihat wajah manis itu menahan malu tetapi...
"Hoiittt ! agak agak nak rase penumbuk baekkk punyeee ney , mey la peluk peluk ! tak pasal2 bunyi pulak siren ambulance depan rumah ni kang!!!" sergah Eena sambil menunjukkan buku lima nya yang tidak seberapa besar itu. Maklum laa ! tangan perempuan ! dah tu umur 15 lak tu ! ada hati nak tumbuk orang ! hahaha !
"ahhh ! tumbuk laa ! demi Eena tersayang , I sanggup youuuuu ! cepaatlaaaaa..." balas Haidar sambil membuat gaya tidak sabar yang membuat kan Eena sakit hati jugak laaa...
Sambil menahan marah , Eena pantas mencapai beberapa helai pakaian nya dan segera pergi ke bilik Syiqa , kakaknya.
********************
Selesai mesyuarat yang perlu dihadiri tanpa rela , Haidar segera pulang ke rumah Puan Amnah.
Sedang leka dia membelek laptop nya , tiba tiba Eena pulang dari sekolah.
"Hoitt abang terchenta , kata ada mesyuarat?! Menipu je lebey ! oitt ! ta baek woo menipu ! Tuhan Marah ! lambat jodoh nanti!tak merasa laa eena na ade anak buah yang comel2 ! eyh ! comel ke? Abang ni dah la tak handsome! Hahahaha!" usik eena sambil memegang dagunya sendiri membuat reaksi sedang berfikir.
"apa oit oit ? salam pon ta de ! terus sergah orang! Ingat bagus sangat la prangai anak dara macam tu? Dah settle dah pun meeting tuh ! Alaaa ! lagi pun , kalau tak kahwin pon , takpa! Abang dah ada calon yang boleh bagi abang anak-anak yang comel laaa ! huh!" Haidar berkata sambil menjeling pada Eena !
'Wahai Eena , kau lah calon itu, sayang.’ Bisik hati kecil Haidar.
"uiks? Ye ke? Dahsyat arh ! ada ke yang nak kat abang ni? Hahaha ! lawak lawak! Serious tak da taste doh kalau wujud la manusia yang dicanang canangkan itu!" errkkk? Patut ke aku cakap macam tu? Huhu ! nampaknya aku pon tak de taste la nie,kan? Hahaha ! :D
"lantak kau laaa ! kisah lagi aku kan? Dahlaaa ! eyh ! Eena , abang bosan ni! Lepak KLCC nak tak?? Abang pon dah lama tak pergi KLCC since daddy suh goyang kaki kat Melaka tu.. jom arh!" penuh berharap muka Haidar mengajak Eena.
"hurmm! Oke laaa ! jom arh ! but , sana sikit leyh tak? Nak ambek barang kat dalam almari tuh!" memandang kan Haidar menyandar pada almari baju Eena.
'hisshhh ! mana pulak ni? Tak kan la dah habis kot?! Alaaaaa! Jangan la dah habis! Macam mana ni?! Alaaa ! tak da pulak nak bagi signal nak keluar! Jerawat ke , ape kea! Dah tu selambe je keluar time ada mamat ni! Aduhhh!’ sambil tergaru2 kepala yang tidak gatal , Eena merungut sendirian.
"apa yang Eena carik tuh?!" Tanya Haidar sambil terjenguk2 meneka apa yang dicari oleh Eena.
"errrr ! hurmm ! tak da pape laaa.." sambil memuncung kan mulutnya dan berlalu pergi mencari Pad dibilik mamanya pula. Malangnya , tiada juga.
"errrrr ! eena , abang rasalah kan , abang tahu apa yang eena carik! Eena period eyk???" sambil tersengih nakal Haidar menduga.
Terbeliak mata Eena bila dengar Haidar dapat meneka apa yang sedang berlaku!
"errkk ! mana.. mana.. ermm ! mana ada! Mengarut arh ! tak laaa!!" merah padam muka Eena menafikan tekaan Haidar.
"haaa ! jangan nak menipu ! abang tahu laa.. kenapa? Pad dah habis ke? Tak cuba tengok kat bilik mama ke??" Haidar memberi idea untuk menyelesaikan 'kekusutan’ gadis itu.
"ermm ! tak de jugak ! dah habis kot..!" kusutnye kepala aku ni.. Eyh! ALAMAK!!!!!! Macam mana ni ? aku dah ckap mcam tu mengiyakan tekaan dia! Alaaa ! malu gilaaaaaa!!!!
"laaa ! kalau macam tu , biar abang belikan kejap! Kat 7E adekan?? Eena guna brand apa??"
hishhh!! Gila kea apa mamat nie?? Aduhhh ! terpakse ! darurat ! darurat!!!! Terpaksa!!! ARGHHH!!!!! '
"hurmm ! Kotex , overnight munye.." merah padam Eena menahan malu..
"okay! Kejap tao?? Jangan nakal nakal.. hahahahahahahha!"
Eena mengangguk dan menunggu kepulangan Haidar bersama "Roti Kering" buat dirinya.
\'Gila la mamat ni! Sanggup dia? Aduhduhduh ! macam mana la dia na beli benda alah tuh nanti ? hurmm ! lantak laaaa ! hurmmmm...\'
Selepas Haidar pulang , mereka bersama sama ke KLCC dan membeli belah dan pulang ke rumah dan masing masing kepenatan lalu mendapatkan mimpi yang indah indah belaka!
********************
Sudah hampir seminggu Haidar "menetap" dirumah ibu angkatnya.
"eena , jom pergi taman depan rumah tuh ! tak pernah lak lepak situ ! jom?"
"kejap! Na pakai baju lawa2 sikit! Heheheheh!"
"ntah hape hape ! keluar depan rumah pun na pakai lawa lawa!"
"suka hati laaa! Badan orang kot.. bukan badan abang! Dushhhh!" sambil menunjukkan buku lima nya.
Sesampai di taman , Haidar dan Eena mencari kerusi dan mereka duduk berbual pelbagai topik. Sampai sahaja satu topic ini , Eena dan Haidar sama sama berdebar.
"eena , hurmm abang nak Tanya laa.. ermm Eena dah ada Boyfriend ?" fuhhhh ! lepas jugak soklan ney!
"errr? Errmm ! takda kot? Kenapa?" huh? Bio betikk mamat nie ? tetiba je Tanya soklan macam ni? Aduhhh ! berdebar jugak la jantung aku ni! Mao pecah bersepah gak la jantung ni! Aduhh
"errmmm ! eena biar betul?? Betul ni tak de boyfriend ?!!"ber sinar-sinar muka Haidar bila dengar Eena
cakap begitu. tak percaya betul aku! Yess! Ade chance ! yahoooo!!!
"erkk ! betul laa.. kenape? Ade masalah kea?" tak mampu betul aku pndang muka mamat nie! Cair betul hati aku!
"errmmm ! Eena , serious! Abang langsung takda masalah .. ermm! Eena , abang tahu , mungkin apa yang abang nak cakap ni , something yang terlalu awal and terlalu tergesa gesa ! tapi , abang betul betul ikhlas ni!" serius muka Haidar ketika berkata sedemikian.
'husihh ! apa mamat ni?? Entah entah...?? Heheheheheheh...
"Eena , errmm.. Sudi tak Eena jadi kekasih abang ??? teman wanita abang ??!" Perghhhhhh!!! Lepas jugak ayat ni ! sekian lama aku pendam!!!
Terkedu Eena bila mendengar kan ayat keramat ini! Waduhhhh! Sekian lama aku tunggu ! baru sekarang kau nak cakap? Loading , Searching , Connecting betol lar!!! eyh ! tapi , at least die cakap gakk ! hehe !
"errmm ! abang , kalau Christian Sugiano cakap mcam ni kat Eena , Eena pun tak sure nak terima ke tak. Tapi , kalau dah Muhd Haidar yang cakap , mungkin jawapan nya , I Do kott..!" malu malu Eena menutur kan kata kata ni!
Yahooooo!!! Yeaaa ! melompat kegirangan Haidar bila saje dengar Eena cakap I DO ituh ! sangat keramat perkataan tu! Waaaahhhhhhhhhhhhhhh ! Akhirnya ! Akhirnya !
"terima kasih sayang kerana sudi terima diri abang! I love you so much sayang ! I do really really really love you!" tak sudah sudah Haidar tersenyum lantas mencapai tangan Eena lalu di kucup nya lembut.
Membuntang mata Eena tatkala kulit tangan nya bersentuhan dengan bibir Muhd Haidar.
********************
Selepas kejadian itu , Eena tidak lagi bertemu dengan Haidar . Tidak disangka nya , selepas sahaja kejadian bersejarah itu, Haidar tidak lagi betemu dengan dirinya. Beg pakaian lelaki itu yang ada di rumahnya juga diambil oleh Muhd Husmie, adik Muhd Haidar.
********************
Enam tahun sudah berlalu , umur ku sudah mengjangkau 21 tahun . Haidar pasti sudah berumur 32 tahun. sungguh ! sepanjang peninggalan nya selama enam tahun , aku tidak langsung mendengar khabar berita dari Haidar ! bila aku bertanya pada mama , mama cuma berkata , "mama pun sama,sayang. Sibuk agaknya Haidar tu!" tetapi , gerak hati aku cukup kuat mengatakan ada sesuatu yang telah terjadi.
Pada suatu hari , sedang aku bersiar siar di Suria KLCC bagi mengcari hiburan , aku terlihat seseorang yang cukup aku kenali , cukup aku rindui , yea ! Itu Haidar ! aku pasti ! masakan aku lupa jejaka yang pertama Berjaya mendapat tempat dihati ku?! Ya ALLAH ! benarkah penglihatan ku ini? Benarkah Ya ALLAH??
Tanpa berfikir panjang , aku terus memanjangkan langkah kaki ku kearah lelaki itu! Belum sempat aku Berjaya mendapat kan lelaki itu , tiba tiba seorang anak kecil yang sangat comel wajahnya berjaya mencengkam kaki lelaki itu dan lelaki itu tersenyum lalu mendukung anak kecil itu lantas mencium pipinya lagak seorang ayah dan anaknya. Tapi , Siapa budak itu?
Dari jauh , aku dapat menangkap suara budak kecil itu menjerit .
"Papa!! Mama kat dalam ! panggil papa! Cepat lah papa!" rengek anak kecil itu.
"ye laa sayang , papa datang ni.." sedang mengatur langkah menuju ke kedai yang dimaksudkan anak kecil yang comel itu , tiba tiba , mata si lelaki itu tertancap ke arahku!
YA ALLAH ! apa betul yang aku lihat ini?! Eena ? Astaghfirullahalazim! Dunia ni kecik saje. Tak sangka
akhirnya aku jumpa juga dengan dia setelah bertahun tahun aku melarikan diri...
"Eena......" hampir menitis airmata lelaki nya tatkala terlihat gadis bernama Eena itu lantas mengingatkan dirinya tentang perbuatan nya yang menyepikan diri menghukum cinta si gadis.
"Abang Haidar..." berlari-lari anak aku ke arah Haidar bersama titisan air mata yang tidak dapat aku bendung lagi..
"Eena.. abang.. ermmm..." serba salah Haidar apabila melihat mataku tertancap di wajah anak kecil yang comel itu..
'Wajahnya.. senyuman nya.. serupa dengan Abang Haidar.. takkan lah betul budak lelaki secomel ini anak dia?’
Hati ku meneka-neka sendirian , aku memandang wajah Haidar meminta penjelasan.
"Eena.. abang.. Errm.. Asyhraf ni , ermm.. anak abang.. anak abang dengan Linda, PA abang di Melaka hari itu.." wajah Haidar keruh dan penuh dengan serba salah tatkala menjelaskan siapa sebenarnya anak kecil tersebut.
YA ALLAH ! ASTAGHFIRULLAHALAZIM ! Serasa nak tercabut jantung aku tatkala mendengar kata kata yang meluncur keluar dari bibir lelaki itu ! Apa betul yang aku dengar ni?!
Air mata yang setadi mengalir perlahan kerana gembira bertemu semula dengan jejaka pujaannya mengalir semakin deras bersama kesedihan yang tidak tertanggung..
"An.. Anak a.. Abang? Anak abang? Tapi , kenapa? Apa semua ni?!" teresak-esak suara Eena bertanya bagi mendapat kan kepastian.
"Eena, biar lah abang berterus terang.. biarlah semuanya jelas disini..hurm..." serba salah Haidar untuk meneruskan kata katanya.. dia tahu , apa yang bakal dijelaskan , pasti akan menoreh luka di hati kecil gadis dihadapanya.
" Eena.. malam pada hari abang luah kan perasaan abang pada eena , abang berjumpa dengan Linda , sebab , dia kata ada hal mustahak yang perlu diselesaikan.. abang berjumpanya dalam bilik hotel kerana Linda baru datang dari Melaka jadi , dia hanya menyewa di Hotel sahaja... abang tak tahu kenapa , tiba tiba , Jabatan Agama datang serbu bilik kami.. kami yang terkedu tak dapat berbuat apa-apa melainkan terpaksa setuju untuk dinikahkan! SUMPAH ! abang tak rela, Eena ! SUMPAH! Abang masih ingat kasih abang terhadap Eena! Tapi , abang terpaksa ! Abang terpaksa demi menjaga nama baik keluarga abang. Abang terpaksa bernikah dengan Linda! Memang abang tak rela.. namun, hari demi hari , abang mula jatuh sayang pada Linda.. dan , Asyraf ni , merupakan buktinya..... Maaf kan abang eena ! abang tak rancang semua ini! Mungkin ini adal.." belum sempat Haidar meneruskan kata katanya, Eena memotong.
"Cukup.. cukup abang! Eena dah faham segalanya! Abang tak perlu teruskan lagi.. Eena faham.. Eena sangat faham, abang.. Eena harap , abang hidup bahagia dengan linda dan.." sambil memandang wajah putih bersih Asyraf yang tidak tahu apa apa itu, aku tersenyum seraya berkata "anak abang... semoga berbahagia...!!" buat kali terakhir , aku menghadiahkan secangkir senyuman yang paling manis buat Haidar seraya memandang wajahnya!
Muhd Haidar, kau merupakan lelaki yang aku puja , yang aku sayang , yang aku tunggu semenjak aku mengenalimu ! kau kini sudah menjadi milik orang lain. Yea.. benar kata orang , jodoh pertemuan ditangan TUHAN ! kita manusia hanya merancang , DIA yang tentukan segalanya.. Kasih , sayang dan cinta ku yang aku simpan buat si jejaka selama ini , hanya lah sia sia dan kisah ini akan ku simpan menjadi lipatan sejarah hidupku.. biarlah.. biarlah Haidar bahagia bersama wanita lain.. mungkin aku bukanlah untuk dirinya...
Tanpa mendengar apa apa balasan dari Haidar,aku segera meninggalkan anak beranak itu , tak sanggup rasanya untuk aku menatap wajah suami orang itu lagi..... Biar lah semua menjadi kenangan..... kenangan yang terindah dalam hidupku..
"papa ! papa ! papa ! siapa kakak tadi tu? Kenapa dia menangis??" Tanya Asyraf yang jelas terpancar diwajahnya tanda Tanya.
"tiada siapa siapa sayang.. Cuma bidadari impian papa masa papa kecil kecil macam Asyraf ni... Dah , jom sayang..." Asyraf , kau masih terlalu kecil untuk mengerti.. tak mengapa lah sayang.. kau teruskan lah hidup mu sebagai kanak kanak yang riang tanpa cinta sigadis di usia kau ini.. cukup lah cinta papa dan mama buat dirimu....
Haidar dan anaknya , Asyraf lantas meninggalkan tempat itu sekali gus meniggalkan kenangan terindah dalam hidup Muhd Haidar dan Fatin Nur Syareena..
-END-
1 comments:
so sad.. :((
Post a Comment