“Ayu,yang kat duduk kat belakang meja tu macam kawan aku laa..” kata Linda.Ayu hanya menoleh sekilas ke arah meja yang dimaksudkan oleh rakannya itu tetapi kemudian dia menyedut kembali minumannya yang masih berbaki. Linda dari tadi asyik memerhatikan meja yang diduduki oleh lima jejaka di belakang mereka.

“Ala,kalau betul kawan kau..tegurlah!”Ayu berkata.Malas melayan kerenah rakannya itu. Mereka masih baru di situ. Baru sahaja mendaftar sebagai pelajar di Kolej Melati di ibu negara.Bagi Ayu, kedatangannya di situ cuma ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Tidak terdetik di hatinya untuk mencari teman lelaki.

Linda mencebik. Dia menyedut kembali minumannya. Dia memandang ke arah Ayu. Ayu sedang asyik membelek-belek nota yang baru diambil dari pensyarah mereka.

“Kau ni..macam tak suka lelaki je..”kata Linda. Ayu menyimpan kembali notanya ke dalam beg sandangnya. Dia membalas renungan rakannya.

“Tak adalah..aku cuma nak tumpu kat study je..aku takut kalau aku dah kenal lelaki aku akan hanyut..ni masa depan kita,Lin..”

“Ayu, kalau kita pandai bawa diri..InsyaAllah..kau tak akan hanyut..”

“Tengoklah..”Ayu menguntumkan senyum. Kadang-kala dia memang teringin ingin berteman lelaki. Melihat suasana di kampus, ramai pelajar sedang asyik dilamun cinta. Ke mana pergi pasti berdua. Bukan dia tidak ingin, tetapi dia takut dia tidak akan tumpu pada pelajaran. Lagipun, Ayu hanya gadis biasa. Datang dari kampung ke bandar untuk mengubah nasib. Dia tidak bergaya seperti gadis-gadis yang lain. Dia selalu berpendapat, lelaki tidak akan mendampingi dirinya. Dengan hanya berbaju kurung dan berambut ikat satu tanpa solekan, mana ada lelaki yang mahu. Ini bandar, bukannya kampung.

“Assalamualaikum..”

Ayu dan Linda serentak menoleh. Seorang pemuda yang agak tampan berdiri di sebelah meja mereka. Linda terus melonjak. Ayu hanya memandang hairan dengan perbuatan rakannya.

“Eh, Zack!Aku dah agak dah kau yang duduk kat meja belakang tu tadi. Tak sangka kau pun belajar kat sini ye?”seloroh Linda. Rupanya ini kawan yang Lin cakap tadi.Boleh tahan. Bisik hati kecil Ayu.

“Aku perasan kau tengok-tengok aku tadi. Kenapa tak tegur?”balas pemuda bernama Zack itu. Tanpa dipelawa dia terus duduk bertentangan dengan Ayu.

“Aku takut salah orang je. Eh, kenalkan. Ni Ayu, coursemate aku.Ayu, ni Zack. Kawan sekolah aku. Dulu kitorang ni kamcing tau! Tapi bila form 4, Zack ni pindah sekolah lain. Tu yang lama tak jumpa. Tak sangka jumpa balik kat sini.”

Ayu menguntumkan senyum. Zack membalas senyumannya lantas menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Hai..Zack.”

“Ayu..”

Linda dan Zack asyik rancak berbual. Agaknya terkenang balik zaman sekolah la tu. Ayu berkata di dalam hati. Tetapi dalam asyik mereka berbual-bual, Ayu terperasankan yang Zack dari tadi asyik memerhatikan dirinya. Aku pakai baju terbalik ke?Ah..buat tak tau aje la. Ayu berpura-pura memandang ke arah lain. Tetapi sebenarnya hatinya rasa berdebar. Jantungnya berdegup pantas. Tidak pernah dirinya diperhatikan seperti itu. Seumur hidupnya, dia tidak pernah mempunyai teman lelaki. Dia tidak begitu cantik. Kulitnya agak gelap sedikit. Setiap hari hanya menyapu sedikit bedak serbuk di mukanya. Dia selalu berkata ini adalah faktor dia tidak pernah didampingi oleh mana-mana lelaki.

“Ayu..”

“Err..ye..” Ayu berasa gugup apabila lelaki itu menyebut namanya. Hampir tertumpah air minumannya.

“Senyap je dari tadi..”kata Zack. Matanya tidak lepas dari merenung mata Ayu. Manis gadis ini. Bisik Zack di dalam hati.

“Ayu ni bukan apa, Zack. Dia kalau boleh tak mahu kawan dengan mana-mana lelaki. Nak tumpu study la tu konon,”gertak Linda. Ayu mencebik. "Tak guna kau, Lin. Malu aku dibuatnya." kata Ayu didalam hati. Zack tergelak kecil.

“Ok la tu, Linda. Bukan macam kau. Ni bergaya lebih-lebih ni. Mesti nak cari boyfriend ye,”balas Zack. Ayu turut tergelak kecil."Padan muka kau, Lin." balas Ayu.

“Eh,pandai mengata orang..Zack, kau dah ada girlfriend?”Tanya Linda. Ayu hanya mendiamkan diri. Malas hendak masuk campur perbualan mereka.

“Aku single lagi la.Siapalah yang nak kat aku ni?Bukannya handsome pun.”

“Eleh..Low profile konon. Masa sekolah dulu ramai gila awek nak kat kau. Orang handsome la katakan. Loaded pulak tu.”

“Tu diorang yang nak kat aku. Bukan aku nak kat diorang. Tapi aku rasa aku dah suka seseorang la kat sini.” Ekor mata Zack menjeling ke arah Ayu. Hampir tersedak Ayu dibuatnya. -Dia maksudkan aku ke?- tanya Ayu dalam hatinya

“Siapa, Zack?”tanya Linda dengan perasaan ingin tahu.

Zack melihat jam tangannya.

“Eh, aku dah lambat la. Ada kelas ni. Bagi nombor telefon kau, Lin. Nanti kita jumpa lagi.”

Setelah bertukar-tukar nombor telefon dengan Linda, Zack terus mengambil buku-bukunya dan mula hendak beredar. Dia sempat memandang ke arah Ayu dengan menghadiahkan sebuah senyuman manis.

“Bye Lin. Ayu, jumpa lagi ya!”

Zack sudah berlalu dari situ. Linda dari tadi asyik tersengih seperti kerang busuk. Entah apa yang buat dia suka pun Ayu tak pasti.

“Eh, Ayu. Boleh tahan kan kawan aku tu. Masa sekolah dulu memang ramai perempuan gilakan dia. Tapi dia memang tak layan. Dia ni baik. Smart student. Tak pernah aku tengok dia berfoya-foya dengan perempuan,” Linda memuji-muji rakan yang sudah lama tidak bersua itu.

“Erm..memang good looking. Nampak cam baik la..”balas Ayu. Tak berani hendak memuji lebih-lebih.

“Aku rasa dia dah syok kat kau la. Aku perasan dari tadi dia asyik ‘usha’ kau.”

“Eh, merepeklah kau Lin. Mana ada. Entah-entah dia tengok-tengok perempuan lain kat café ni. Pandai-pandai je kau ni..” balas Ayu dengan malu-malu. Sebenarnya dia memang merasakan hal yang sama dengan Linda. Entah mengapa, dia juga terpikat dengan jejaka itu. Bukan kerana wajahnya yang tampan tetapi kerana kelembutan bicaranya terutama apabila menyebut nama Ayu. Ah, tak tidur lena la aku malam ni.

Mereka terus beredar setelah agak lama berada di situ. Café Sky-Blue menjadi saksi pertemuan Ayu dan Zack yang tidak terduga itu.


Muzik lagu “Menanti sebuah jawaban” di telefon bimbit Ayu berbunyi. Ayu lantas mencapai telefon bimbit Nokia 2300 di atas katilnya dan memerhatikan skrinnya.

“Siapa pulak ni?”tanya hati kecilnya.

Sebuah nombor yang tidak dikenalinya dari tadi asyik memanggil. Setelah membiarkan telefon itu tidak berjawab, akhirnya dia mengangkat juga.

“Hello!” Kedengaran suara lelaki di hujung talian.

“Nak cakap dengan siapa?”Tanya Ayu.

“Ayu ke?”

Ayu tergamam. Siapa pulak lelaki yang telefon ni?

“Ye..siapa tu?”

“Zack ni..”

“Zack? Err..”

Hampir terlepas telefon di genggamannya. Tidak sangka Zack akan menghubunginya. Dia sangkakan pertemuan mereka tidak akan berterusan.

“Mana Zack dapat nombor ni?”Tanya Ayu walaupun dia tahu pasti Linda yang memberikan nombornya kepada Zack.

“Dari Lin la..siapa lagi.”

Ayu tersenyum walaupun dia tahu Zack tidak nampak senyumannya. Hatinya berbunga riang. Agak lama mereka berbual. Ayu merasakan dia semakin menyukai Zack dan dia merasakan ada ‘sesuatu’ antara dia dan Zack.

Semakin hari Ayu dan Zack semakin rapat. Hampir setiap hari mereka makan berdua. Ayu rasakan ada perasaan sayang terhadap Zack.

-------------------------------------------------------------------------------------

“Zack, boleh tak Ayu tanya sesuatu?” Ayu bertanya pada satu pertemuan mereka di sebuah taman di kolej mereka. Zack memandang Ayu. Tangannya tidak lepas dari menggenggam tangan Ayu.

“Apa dia sayang?”tanya Zack. Perkataan ‘sayang’ tidak pernah lepas dari bibirnya.

“Sebelum ni Zack ada girlfriend tak?

Zack melepaskan genggaman tangan Ayu. Dia tunduk ke bawah. Ayu hanya menanti jawapan yang akan keluar dari mulut Zack.

“Ada.”Ringkas sahaja jawapan Zack. Ayu mengetap bibir. Dia mengumpul kekuatan untuk bertanya lagi. Ada perasaan ingin tahu tentang perhubungan Zack dan teman wanitanya sebelum ini.

“Erm..boleh tak kalau Ayu nak tahu. Kenapa Zack putus dengan dia?”

Zack menoleh.

“Dia pergi balik kat ex-boyfriend dia. Sebenarnya, masa kami mula-mula couple, dia baru putus dengan boyfriend dia. Tapi bila boyfriend dia datang balik, dia mula tinggalkan Zack. Dia buat Zack ni macam tempat perhentian dia je,” ujar Zack sayu. Ayu memegang lembut tangan Zack.

“Zack, Ayu takut la. Ayu takut Zack pun akan buat Ayu ni macam tempat perhentian jugak.”

“Kenapa Ayu cakap macam tu?”

“Yelah. Mana tau girlfriend Zack tu datang balik.Entah-entah Zack pergi balik kat dia.” Ayu tidak sangka dia akan berkata begitu. Dia kadang-kala tidak pasti dengan hubungan mereka. Dia terlalu naïf, masih mentah dalam bercinta. Sejak kenal Zack, barulah dia kenal apa itu cinta.

“Janganlah cakap macam tu. Zack janji, Zack tak akan buat macam tu kat sayang. Zack tak suka lah perempuan macam tu, nak kat Zack untuk mengisi kekosongan je.”

“Betul ke ni, Zack?”

“Betul,sayang. Erm, sayang, nak tak Zack bawak sayang jumpa mama Zack?”

Ayu terkesima. Tidak disangkanya Zack akan bertanya soalan begitu kepadanya. Dia tersenyum tanda gembira. Dia merasakan hubungan mereka semakin mekar. Segala kepastian yang menjadi tanda tanya sudah terjawab.


“Ayu,macam mana hubungan kau dengan Zack?” tanya Linda. Tangan Ayu yang sedang menyalin nota terhenti seketika. Dia melakarkan senyuman.

“Ok. Kau tahu, dia nak bawak aku jumpa mama dia.”

“Oh ye ke? Aku harap kau dengan Zack happy selalu,ok?Aku doakan korang bahagia,”ujar Linda lalu mengemaskan alat tulisnya. Riak wajahnya langsung tidak menampakkan yang dia gembira dengan hubungan kedua-dua rakannya itu. Namun, Ayu membuang perasaan itu jauh-jauh.

----------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah seminggu Zack tidak menghubungi Ayu.Selalunya jika Zack tidak menelefonnya, dia akan menghantar sms. Tiap-tiap hari mereka akan berhubung dengan cara itu. Namun, sudah seminggu Ayu tidak menerima pesanan dari Zack. Berjumpa apatah lagi. Tugasan kuliah yang semakin bertambah membataskan mereka untuk selalu berjumpa tambahan pula mereka bukanlah mengambil jurusan yang sama. Setiap kali Ayu menghantar sms, pasti Zack akan membalas mengatakan sibuk dengan tugasan kuliah. Kadang-kala Ayu berasa kecil hati dengan sikap Zack yang menjauhkan diri darinya. Namun, dia kena faham. Mereka adalah pelajar. Tambahan lagi, peperiksaan sudah semakin hampir.

Ayu menghadap buku kuliahnya. Esok, dia akan menghadapi sebuah peperiksaan pertengahan semester. Setiap kali dia ingin mengulangkaji, setiap kali itulah wajah Zack terbayang. Dia tidak dapat menahan rasa rindunya. Lantas diambilnya telefon bimbit dan menulis pesanan ringkas.

“Sayang, Ayu rindulah. Kenapa lama tak hantar sms?”

Pesanan ringkas itu terus dihantarnya ke telefon bimbit Zack. Dia menumpukan kembali ke bukunya sambil mengharap yang Zack akan membalas.

Telefon bimbitnya berdering. Ayu lantas mengambil telefon bimbit di atas mejanya. Alangkah gembiranya dia apabila nama Zack tertera di atas skrin. Dengan perasaan gembira, dia terus menjawab panggilan itu.

“Hai sayang!”ujar Ayu dengan perasaan girang.

“Hello,siapa ni?”

Alangkah terkejutnya Ayu apabila mendengar suara perempuan dia hujung talian. Siapa perempuan tu? Hati kecil Ayu bertanya.

“Siapa ni? Zack mana?”tanya Ayu berulang-ulang kali.Dia benar-benar ingin tahu.

“Apa hubungan awak dengan Zack?” tanya gadis itu. Ayu hampir menitiskan air mata. Siapa gadis itu? Apa kena mengena dia dengan Zack?

“Sepatutnya saya tanya awak. Awak siapa dengan Zack?” Ayu bertanya kembali. Suaranya bergetar.

“Zack tergila-gilakan saya.” Ringkas sahaja jawapan yang keluar dari mulut gadis itu.

“Apa?” Bagaikan hendak tercabut nyawa Ayu mendengar pengakuan gadis itu.

“Bagi saya cakap dengan Zack.”pinta Ayu. Agak lama dia menanti.
“Hello.” Suara Zack kedengaran di hujung talian. Ayu sudah menitiskan air matanya.

“Zack..apa semua ni?”

“Ayu. Kita tak ada apa-apa hubungan. Zack nak kat perempuan tadi, erm Lisa namanya. Harap Ayu faham.”

“Zack!Apa semua ni?Kenapa buat Ayu macam ni?”Air mata Ayu semakin menitis laju.

“Ayu, sedar tak? Selama ni Zack pernah tak putuskan untuk couple dengan Ayu? Tak ada kan?”

Serentak dari itu Ayu mengenang kembali saat-saat dia mula mengenali Zack. Ya, Ayu sedar, Zack tidak pernah mengungkapkan kata untuk bercinta. Kerana itulah Ayu tidak pasti sejauh manakah hubungan mereka. Namun, kata-kata ‘sayang’ yang lahir dari mulut Zack dan janji-janji yang pernah Zack lafazkan membuatkan Ayu merasakan hubungan mereka telah jauh. Tambahan pula Zack pernah mengatakan yang dia akan membawa Ayu untuk berjumpa ibunya. Semua ini membuatkan Ayu merasakan mereka bukan sekadar teman biasa walaupun Zack sendiri tidak pernah mengatakannya.

“Zack,kenapa Zack ber ‘sayang-sayang’ dengan Ayu?” pernah Ayu bertanya kepada Zack pada suatu hari.

“Kenapa?Ayu tak suka ke?” Zack bertanya kembali. Pernah juga Ayu ingin bertanya sejauh manakah hubungan mereka namun lidahnya seringkala kelu. Lagikan pula dia perempuan. Baginya biarlah lelaki yang mengungkapkannya dahulu.

“Bukan tak suka. Ayu saja tanya.”

“Zack, Ayu cemburu tau kalau Zack keluar dengan perempuan lain,” Pernah juga Ayu sengaja berkata begitu untuk menguji sejauh mana hubungan mereka.

“Ayu,Zack tak akan keluar dengan perempuan lain. Ayu janganlah cemburu.”

Semua kata-kata Zack membuatkan Ayu percaya yang mereka bukan sekadar teman biasa. Ah,Zack penipu! Begitu tegarnya dia mempermainkan perasaan perempuan! Zack tak guna! Hati Ayu memberontak keras.

“Zack, memang betul! Zack tak pernah cakap yang Zack nak hubungan yang lebih jauh. Tapi Zack sedar tak? Zack mempermainkan perasaan Ayu! Zack buat Ayu dah fikir lain pasal hubungan kita! Zack sedar tak? Selama ni Ayu anggap Zack jujur dengan Ayu. Rupanya Zack penipu!” Bentak Ayu keras. Seperti mahu saja dia mencampakkan telefon bimbitnya itu ke lantai.

“Ok!Zack sedar Zack salah. Sorry,ok?”

“Sorry? Semudah tu? Selama ni Zack ber ‘sayang-sayang’ dengan Ayu sebab apa?”

“Sebagai kawan. Salah ke sebagai kawan kita sayang-sayang?”

“Apa? Sebagai kawan? Zack cakap nak bawa Ayu jumpa mak Zack sebagai apa?”

“Kawan. Tak lebih dari tu.”

Air mata Ayu semakin laju. Mudah sahaja Zack melontarkan jawapan. Lelaki jenis apa Zack ni?

“Zack, dulu Zack pernah janji. Zack tak akan mempermainkan Ayu. Sampai hati Zack tipu Ayu. Kalau pun Zack sakit hati dengan kekasih Zack dulu, jangan babitkan perasaan orang lain, Zack. Berapa ramai Zack nak mainkan perasaan perempuan? Lisa tu? Zack nak dia rasakan macam mana sakitnya Ayu rasa?” Suara Ayu semakin meninggi. Inilah kali pertama dia meninggikan suaranya kepada Zack sepanjang perhubungan mereka.

“Sebenarnya Zack tak pernah ada perasaan lebih dengan Ayu. Lepas Zack putus dengan kekasih Zack dulu, tak pernah terlintas di hati Zack nak cari kekasih lagi. Zack baik dengan Ayu sebab Ayu gadis yang baik. Pertama kali Zack tengok Ayu, Zack dapat rasa yang Ayu ni tak seperti gadis yang lain. Ayu boleh jadi teman yang setia. Zack sedar Zack dah terlanjur kata dengan Ayu. Zack juga sedar yang Ayu ada perasaan lain kat Zack. Zack cuba nak bagitau Ayu yang Zack tak nak ada hubungan yang jauh, tapi..Zack tak sampai hati. Ayu terlalu baik. Baik sangat..Zack tak sampai hati nak kecilkan hati Ayu. Zack tak nak Ayu terluka. Tapi Zack tahu, lambat laun Ayu akan terluka juga. Zack cuba nak mencintai Ayu, tapi Zack tak boleh. Zack..dah jatuh hati pada Lisa. Zack lebih banyak habiskan masa dengan Lisa berbanding Ayu. Dia classmate Zack. Maafkan Zack, Ayu. Maafkan Zack..” Begitu tulusnya kata-kata Zack. Kata-katanya menunjukkan yang dia betul-betul kesal.

“Zack, jadikanlah Ayu sebagai kekasih Zack. Ayu betul-betul mencintai Zack. Ayu tak sanggup nak lepaskan Zack. Zack..” Ayu tidak dapat menyambung kata-katanya. Dia begitu sebak. Dia benar-benar mencintai Zack. Entah bagaimana dia boleh merayu untuk Zack kembali kepadanya.

“Tak boleh. Zack benar-benar dah jatuh cinta pada Lisa. Ayu terlalu baik buat Zack..”

“Kalau Ayu baik, kenapa Zack tak boleh nak pilih Ayu?”

“Ayu terlalu baik..Ayu tak sesuai buat insan yang hina dan jahat macam Zack. Ayu, Zack betul-betul dah jatuh hati kat Lisa. Zack nak kat dia, Ayu. Tolong Zack, Ayu. Tolong Zack..” Zack merayu supaya Ayu melepaskannya.

Ayu segera mematikan telefon bimbitnya. Tak sanggup lagi mendengar suara Zack. Cukuplah sekali dia merayu pada Zack. Baginya Zack dah tak wujud lagi. Ah, persetankannya.


Pelajar-pelajar jurusan Teknologi Maklumat berpusu-pusu keluar dari dewan peperiksaan setelah masa menjawab bagi kertas peperiksaan ‘Java Awalan’ sudah tamat. Ayu melangkah perlahan keluar dari dewan. Peristiwa semalam masih membenak fikirannya. Mengapalah semua ni terjadi pada aku di saat-saat aku berperang dengan peperiksaan? Mengapalah aku tak setuah gadis-gadis lain?Ah,begitu sukarnya aku ingin melupakan dia!

“Ayu!” Ayu menoleh. Linda berjalan menuju ke arah Ayu.

“Kenapa aku tengok kau macam tak ok je? Setau aku, ni subjek favourite kau kan? Kenapa aku tengok kau tadi, macam tak boleh buat? Kau lebih banyak melayan fikiran masa jawab paper tadi. Kau ok?”

Ayu segera memeluk rakannya. Dan tanpa diminta, air mata seorang wanita mengalir laju di pipi gebu Ayu. Linda terkesima.

“Lin..aku dah tak ada apa-apa dengan Zack.Zack..dia..main-mainkan aku..aku tak sangka, Lin..Aku tak sangka..”

Linda meleraikan pelukan. Perlahan-lahan dia mengelap air mata Ayu yang semakin menitis laju. Tidak disangkanya lelaki yang dikenalinya sebagai lelaki yang baik dan lurus boleh mempermainkan perasaan wanita. Kenapa kau begitu berubah,Zack?

“Ayu, aku nak minta maaf. Aku tak sangka kawan aku macam tu. Lagi satu, aku nak minta maaf sebab tak bagi tau satu perkara pada kau. Aku sebenarnya pernah ternampak Zack dengan perempuan lain. Bukan seorang, tapi dua, tiga perempuan yang berlainan pernah berduaan dengan Zack. Aku tak sampai hati nak bagi tau kau sebab aku tengok kau betul-betul mencintai Zack. Aku tak nak aku dianggap sebagai perosak kebahagiaan kawan baik aku sendiri. Lagipun, aku pernah tanya hal ni sendiri kat Zack. Dia kata perempuan selain kau hanya kawan biasa aje. Aku minta maaf ye, Ayu” Linda memandang ke bawah. Betapa dia berasa bersalah terhadap Ayu.

“Lin..kau tak salah. Aku yang salah. Aku buta. Aku lupa tujuan sebenar aku ke sini. Lagipun, aku tak sedar. Selama ni dia tak pernah cakap yang dia cintakan aku. Aku bertepuk sebelah tangan je,Lin.Tengok, apa dah jadi kat aku. Semalaman aku menangis, Lin. Buku langsung aku tak sentuh. Exam tadi langsung aku tak boleh buat.”

“Belajarlah lupakan dia, Ayu. Ramai lagi lelaki baik di luar sana. Tak apa, Ayu. Banyak masa lagi. Ni hanya mid-term exam je. Final kan ada lagi,” Linda cuba memujuk hati Ayu. Kasihan dia melihat Ayu. Mengapalah nasib Ayu akan jadi macam ni?

Ayu hanya tersenyum pahit. Ya, ramai lagi lelaki baik di luar sana. Dia tidak mahu lagi memikirkan hal cinta. Biarlah kenangan yang pahit akan menjadi pengajaran buat dirinya.


“Ayu?”

Ayu yang sedang memilih buku di perpustakaan menoleh. Seorang gadis cantik, berbaju T ketat dan berseluar jeans berdiri di sebelahnya. Ayu langsung tidak mengenali gadis tersebut. Dahinya berkerut memikirkan siapa dia dan bagaimana dia tahu namanya.

“Ya?Awak siapa?”tanya Ayu sambil meletak kembali buku yang dicapainya ke dalam rak.

“Boleh saya cakap sebentar dengan awak?”

Ayu membawa gadis tersebut ke café yang berada di luar perpustakaan.

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong?”

“Saya Lisa.”

Ayu tergamam. Lisa? Seperti pernah dengar nama itu sebelum ini. Ya, baru dia teringat. Lisa, gadis yang digilai Zack. Lisa memang cantik. Patutlah Zack boleh tergila-gilakan dia.

“Oh..Lisa..So, macam mana hubungan you dengan Zack? He’s really love you, Lisa. Dia tak cintakan saya. So..korang..”

“Saya dah tinggalkan dia..” Lisa memotong percakapan Ayu sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya.

“Why?Kenapa tak bagi dia peluang? Walaupun dia dah main-mainkan perasaan saya, tapi sebagai kawan, saya ingin dia bahagia. Saya ingin dia bahagia bersama orang yang betul-betul dia cinta. It’s you, Lisa..” Ayu memandang tepat ke anak mata Lisa. Dia yakin apa yang dilakukannya benar.

“Saya dah bertunang.” Lisa menunjukkan cincin tunang yang tersarung di jarinya.

“Dia tahu saya dah bertunang. Tapi, dia still nak kat saya. I don’t know why. Dia kata dia tak pernah jatuh cinta pada perempuan lain sebagaimana dia cintakan saya. Saya dah cuba explain banyak kali tapi dia cakap dia tak boleh nak lupakan saya. And untuk jaga hati dia, kami jadi best friend. Boleh dikatakan hari-hari saya jumpa dia sebab kami sekelas. Dan kami juga selalu habiskan masa buat assignment sama-sama. Sampailah satu malam tu, saya terbaca mesej yang awak bagi kat dia malam tu. Saya marah dia, kalau betul dia dah ada awak, kenapa dia masih tergila-gilakan saya? Saya minta dia terus-terang mengenai awak, tapi dia tak mahu. That’s why I call you, Ayu. Saya tak ada niat lain, cuma saya inginkan kepastian. Saya juga perempuan, Ayu. Saya tahu bagaimana yang awak rasa. Walaupun kami tak lebih dari kawan baik, tapi saya turut merasa kesakitannya, Ayu. Saya dah tinggalkan dia. Bukan saja sebab dia sakitkan hati saya, tapi dia sakitkan hati kaum sejenis saya. Ayu, yang berlalu biarlah berlalu. Kita bina hidup baru. Ramai lelaki baik yang menunggu. Dan saya, akan berkahwin tak lama lagi.”

Ayu memeluk erat Lisa. Begitu lurusnya gadis ini. Tahniah, Lisa. Pintanya perlahan.

“Tuut..tuut..”

Bunyi di telefon bimbit Ayu menandakan yang dia mempunyai satu mesej. Ayu mencapai telefon bimbitnya dan lantas membuka mesej yang diterima.

“Ayu..Zack menyesal. Lisa dah pun tinggalkan Zack. Baru sekarang Zack rasa macam mana yang Ayu rasa. Ayu, balik la kat Zack semula. Zack betul-betul menyesal. Dan kini Zack rasa, Zack cintakan Ayu. Zack janji tak akan main-mainkan Ayu lagi..Please..”

Ayu mencampakkan telefon itu ke atas katil. Mesej Zack langsung tidak dibalasnya. Dia sudah membuang Zack jauh-jauh dari mindanya. Zack, anggaplah kita tak ada jodoh...

-END-

erm..mcm mane ngn citer ni?? ok tak?? huhu..kcian Ayu kan?? Die kene main..Last2 Zack pun dpt balasan nye jgk..What Goes Around Comes Around la..Hidup Mcm Roda la..huhu..
Bile Zack dh cintakan Lisa btol2 Lisa lak dh terlebih dulu tunang..kuikui..Pastu baru la Zack ni nk g carik yg lame2 balik..huhu..Kcian Ayu dibuat second choice oleh Zack..Leh marah kaum wanita kalo bace cerpen ni..kuikui..kepada kaum Laki mcm Zack ni,steady..wakaka..amponss..comment je ape yg tak puas ati..kuikui..