Zodiak mana yang paling setia? Dan zodiak mana yang paling suka curang dlm percintaan? berikut adalah urutan zodiak dari yang paling setia (teratas) hingga yang akan curang (paling bawah)..bacalah makna zodiak anda dan pasangan anda ye..jangan la percaya sangat..ini hanya kajian psikologi manusia berdasarkan zodiak..

T A U R U S

21 April – 20 Mei
Sifat : Kesetiaannya luar biasa dan paling dapat diharapkan didalam percintaan.
Bagi beberapa zodiak tertentu, Si Taurus kadangkala dianggap seseorg yang agak membosankan dalam pergaulan kerana cenderung utk berkira dan berhemat2 atau paling tidak dianggap keras kepala

C A N C E R

21 Jun – 22 Julai
Sifat : Seorg yang setia, selalu ingin membahagiakan hati pasangannya.
Sensitivitinya yg tinggi membuatnya sangat berhati-hati untuk tidak dilukai dan melukai. Cancer kadang2 menutup rapat dirinya yang membuat beberapa zodiak tertentu menjadi tidak sabar kerana memakan masa yg lama untuk cuba berinteraksi dengannya.

V I R G O

23 Ogos – 22 September
Sifat : Sangat berhati-hati memilih pasangan.
Terjumpa seorg pun sudah bertuah baginya apatah lagi mahu main mata dgn org lain.. Kerap cerewet dan kritis yang menunjukkan betapa besar perhatiannya pada seseorang. Bagi beberapa zodiak tertentu, Virgo adalah jenis yang cerewet dan kritiknya kadang2 mampu membuat orang lain tersinggung.

C A P R I C O R N

23 Disember – 20 Januari
Sifat : Berfikir akan rancangan-rancangan yg sangat memenuhi waktunya..
Cenderung selalu berfikir akan rencana-rencananya. Bagi beberapa zodiak tertentu, Capricorn dikesan membatasi diri dalam hubungan interaksi dengan lainnya. Curang hanya biasa saja dan dia tidak cenderung utk curang jika keadaan memaksa.

A Q U A R I U S

21 Januari – 19 Februari
Sifat : Tidak suka curang,tapi menghindari komitmen yang memerlukan penglibatan emosional yang dalam dan menyulitkan.
Aquarius cenderung berfikir dan bertindak tegas. Bagi beberapa zodiak tertentu, ia dikesan sangat radikal. Bila ia sudah curang, bererti itu caranya yang “radikal” untuk mengakhiri hubungan dengan pasangan yang tidak mampu mengikuti cara pemikirannya.

L I B R A

23 September – 22 Oktober
Sifat : Paling sukar menentukan pilihan dan mengalami kesulitan dalam mengungkapkan diri sendiri.Kerana kerap berfikiran was-was dan mempunyai dua pilihan mengenai segala sesuatu hal, bagi beberapa zodiak tertentu, Libra kadang2 mempunyai penuh rahsia dan sulit utk dipahami.

G E M I N I

21 Mei – 20 Jun
Sifat : Harus dimanja agar tidak curang.
Selalu ingin dimanja dan diperhatikan oleh pasangannya. Bagi beberapa zodiak tertentu, Gemini adalah jenis yang suka berubah-ubah.

S A G I T A R I U S

23 November – 22 Disember
Sifat: Cenderung tergoda untuk curang..
Karakter dasar yang luas maka ia selalu tergoda untuk hal-hal yang “baru”, begitu pula di dalam hubungan. Bagi beberapa zodiak tertentu, Sagitarius adalah jenis cemerlang yang penuh bertenaga dlm hidup.

A R I E S

21 Mac – 20 April
Sifat : Perlu dipantau agar aktiviti curangnya tidak berlebihan.
Sikap ingin mencuba berpaling dan menggoda dalam diri membuatkan dirinya selalu berkobar untuk menjadi penyebab curang dalam segala hal. Bagi beberapa zodiak tertentu, Aries adalah jenis yang bijak dan pandai dalam hubungan interaksi.

L E O

23 Julai – 22 Ogos
Sifat : Kesetiaannya diliputi ego yang tinggi. Egonya yang tinggi membuatkannya rela mengalah dalam banyak hal untuknya. Bagi beberapa zodiak tertentu, Leo adalah jenis yang “menawan” namun keras kepala serta cemburu tanpa alasan yang jelas.

S C O R P I O

23 Oktober – 22 November
Sifat : Tak akan membiarkan setiap godaan dibiarkan begitu saja.
Godaan adalah bererti perhatian baginya dan jarang diabaikannya. Scorpio senang menjadi popular sebagai si pecinta ulung. Bagi beberapa zodiak tertentu, Scorpio adalah jenis pencinta yang ekspresif.

P I S C E S

20 Februari – 20 Mac
Sifat : Si Pencurang yang mengaku setia..
Bagaimanapun romantisnya dia,aktiviti curang adalah perkara indah didalam hidupnya..


Okeh..Sudah Tahu Bagaimana Watak Anda dan Pasangan Anda Dalam Hubungan?? Kalo Ianya Benar,Mungkin Ianya Satu Kebetulan dan Ramalan Yg Tepat Untuk Diri Anda..ehehe..