Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup.” (Q.S. Al Anbiya:30)

Dalam kitab-kitab tafsir klasik, ayat tadi diertikan bahawa tanpa air semua akan mati kehausan. Tetapi di Jepun, Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penelitian tentang perilaku air. Air tulen dari mata air di Pulau Honshu, lalu didinginkan sampai -5oC di makmal,dan dilihatkan dengan mikroskop elektron dengan high speed camera. Ternyata molekul air membentuk kristal segi enam yang indah. Percubaan diulangi dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Molekul kristal kembali membentuk dengan bentuk yg sangat indah. Lalu dicuba air itu lagi dengan menghadapkan ke tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Molekul kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “Setan”, molekul kristal berbentuk buruk. Dan juga diputarkan muzik Symphony Mozart, molekul kristal muncul berbentuk bunga. Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, molekul kristal hancur.

Ketika 500 orang cuba memesan pesanan “peace” di depan sebotol air, molekul kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah.. Dr. Emoto akhirnya berkeliling dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin , Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk mempersembahkan penemuannya pada bulan March 2005 lalu. Ternyata air mampu “mendengar” kata-kata, mampu “membaca” tulisan, dan mampu “mengerti” pesan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menguraikan bahawa air bersifat mampu merakam pesanan, seperti pita magnetik(tape) atau compact disk(CD).

Semakin kuat dan sungguh-sungguh pemberi pesanan, semakin dalam pesanan tercetak di air. Air mampu memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain. Mungkin penemuan ini mampu menjelaskan, kenapa air putih yang didoakan dengan ayat2 mampu menyembuhkan si pesakit. Dulu, perkara seperti ini kita anggap sbagai musyrik, atau paling tidak pun kita anggap sekadar perkara cadangan dan alternatif, tetapi ternyata molekul air itu mampu menangkap pesanan serta doa penyembuhan dan menyimpannya, lalu getaran doa tersebut merebak kepada molekul air lain yang ada di tubuh si sakit.

Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74,5% air. Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandung 22% air. Air putih di rumah, boleh juga setiap hari didoakan dengan khusyuk dan sungguh2 kepada Allah, agar anak yang meminumnya itu soleh, sihat, dan cerdas, dan agar suami yang meminumnya tetap setia. Air tadi akan berproses di tubuh meneruskan pesan kepada air di otak dan pembuluh darah. Dengan izin Allah, pesan dan doa tadi akan dilaksanakan di tubuh tanpa kita sedari. Bila air minum di suatu tempat seperti kampung didoakan dengan serius untuk kesolehan, insyaAllah semua penduduk yang meminumnya akan menjadi baik dan tidak menjadi jahat. Rasulullah saw. bersabda, “Zamzam lima syuriba lahu”, “Air zamzam akan melaksanakan pesanan dan niat org yang meminumnya”. Barangsiapa minum supaya kenyang, dia
akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan sakit, dia akan sembuh. Subhanallah … Terbuktilah air zamzam begitu berkhasiat kerana dia menyimpan pesanan dan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s.

Bila kita renungkan berpuluh ayat Al Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati,Dia juga menyimpan kekuatan, daya rakam, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu utk disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat wajib perlu dan lebih digalakkan menggunakan air utk berwudhu 5 kali sehari. Habis "bersama" suami dan istri, suami istri wajib mandi. Mati pun wajib dimandikan. Tidak ada agama lain yang menyuruh memandikan jenazah, malahan ada yang dibakar.Renungkanlah..kita masih memperlakukan air tanpa respek dan tidak bertanggungjawab. Kita slalu membazir, bahkan kita cemari pula dgn benda2 yg tidak bersih. Astaghfirullah..

Seorang ilmuwan Jepun telah merintis ilmu tentang air. Ilmuwan muslim perlu juga melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al Quran dan hadis.

Wallahu a’lam …(artikel menarik ini dipetik dari salah satu blog indonesia..dan diterjemahkan kembali ke dalam bahasa malaysia supaya senang difahami..)