Setelah Dikaji dan Dinilai serta Diamati Oleh Beberapa Tahun Kebelakangan Ini,...Maka Dengan Segala Rasminya Mr.Love Ingin Berkongsi dan Mengongsi serta Berbahagi Maklumat Kepada Masyarakat Penyayang Diluar Sana..

Perhatian : Watak-Watak Yang Berkaitan Mungkin Mengandungi Unsur-Unsur Yang Tidak Menyenangkan Anda Seperti Simptom-Simptom Terasa Hati,Kemurungan,Lawak Tidak Kelakar dan sebagainya yang Menggangu Emosi Anda Sebagai Manusia Penyayang..Jika Ada yg Terkena Simptom Diatas, Mr.Love Tidak Akan Bertanggungjawab Diatas Apa Yang Berlaku..Ganti Rugi Ubat ataupun Yuran Berjumpe Tok Bomoh Tidak Boleh Di'claim' pada Mr.Love..Surat-Menyurat,Emel,YM,Private Chat di FESBUKK ataupun segala SMS dan CALL TIDAK AKAN DILAYAN dan MR.LOVE akan MELAYANG kan HandPhone Mr.LOVE sekiranya anda membuat aduan atau adu-domba..

Dengan Tidak Melengahkan dan Melenguhkan Tangan,Mr.Love akan bercakap agak banyak tentang JENIS-JENIS SECRET ADMIRER yang ada didalam DUNIA FESBUKK..diminta tuan-tuan dan puan-puan bertenang bila membacanya..pastikan kerja-kerja anda tidak menggangu anda membaca..

Senang citer lah..JENIS-JENIS SECRET ADMIRER yang ada didalam DUNIA FESBUKK ada lebih kurang LIMA ataupun lebih dari 5..(stakat kajian mr.LOVE la)

1. SECRET ADMIRER SECARA SENYAP-SUNYI-TAK CKP APA-APA(mmg la tak ckp sbb pakai keybod..)
- orang seperti ini selalunya bergerak didalam senyap sunyi..biasanya ketika malam atau lewat malam..mereka akan bergerak ke PROFILE org yg diminatinya dan membaca segala STATUS ataupun AYAT ataupun CERITA orang yg diminatinya senyap2..Mereka juga melihat foto-foto baru ataupun foto-foto lama org tersebut walaupun org tu tak upload gambor dh tahap 2,3 tahun..walaupun org tu ade satu gambar pun,mereka tetap akan melihat tak jemu2..Selalunya mereka tidak akan memberikan sebarang respon mahupun komen ataupun membawa komeng mengacau org tersebut..]

2. SECRET ADMIRER MULUT BANYAK-CAKAP BANYAK-TAIP BANYAK-BANYAK IDEA
- orang seperti yg diceritakan diatas sikit ni, selalunya die akan memberi komen ataupun kritik ataupun puji-pujian yg menggunung dgn berbakul-bakul kepada org yg diminatinya..mereka slalunya ada tak kira waktu untuk meng-update kefahamannya terhadap komen2 yg dibalas org tersebut ataupun membalas komen2 yg takde kene-mengena utk die..padahal org lain komen utk ppuan tu..die plak yg lebih-lebih nk tlg jawab..diorg juge akan komen dekat gambor2 yg takde kene ngena ngn org tersebut ataupun die..gambar LORI TAIK pun yg org tag name org tersebut pun die tetap jgk nk komen berjela-jela..diorg akan LIKE stiap status ataupun gambor..walaupun gambor ngn status tu dh dekat 20 tahun..die akan korek jgk carik smpai ke lubang fesbukk..

3. SECRET ADMIRER YANG HANYA SUKE LIKE-LIKE STATUS-KOMEN-GAMBAR
- org macam ni adalah org yg simple dan senang dlm bermain fesbuk serta ade jgk tabiat malas berleluasa dlm diri..mereka meminati org tersebut dengan hanya Klik LIKE sahaja pada KOMEN2-STATUS2-GAMBAR2 org tersebut dengan banyak skali..kadang2 ape yg die LIKE pun tak bkenaan ngn die..kadang2 die sendiri tak paham kenape die klik LIKE..Pendek kata die hanya LIKE je stakat mane die leh like..slalunya org ini akan memiliki notification yang sangat FULL..Pihak fesbukk sndiri pun kekadang dh naik muak nk antar NOTIFICATION kat diorg..bukan dpt BALAS SEMUA pun..kekadang GAMBAR NENEK org yg diminati pun die LIKE..apetah lagi GAMBAR LONGKANG DEPAN UMAH org yg die minati..die takkan taip satu pkataan pun jika org ramai berkomen-komeng..

4. SECRET ADMIRER YANG TERANG-TERANG GATAL-GATAI-MERENYAM-MIANG KELADI-GALAK-GEDIK
- org sebegini mmg berani di setiap tindakan beraninya..die tak kisah walaupun org yg diminati itu sudah berpunya atau dh jadi bini org/laki org ataupun awek org/balak org serta tunang/fiancee org..malah yg dh jadik NENEK/ATUK ORG pun diorg nk TERANG-TERANG GATAL dan sewaktu dengannya..diorg akan berani berkomen dan meluahkan RASA CINTANYA didalam setiap TEMPAT KOSONG yg ada didalam PROFILE org yg diminatinya serta JARANG SEKALI LIKE setiap gambar dan status org yg diminati kerana dia terlalu asyik meluahkan perasaan terhadap org yg diminatinya..Message dlm INBOX berbakul-bakul ckp "I LOVE U..SAYA NK SGT KAWAN NGN AWK..TAK KISAH AWK MCM MANE PUN.."..private chat bertimbun2 meletop2 ngn ayat2 die..pendek kata stiap tempat kosong yg dpt diisi dengan luahan cinte yg berani,die akan berani meluahkan tanpa segan silu di hadapan org awam..padahal org yg diminati tu makin lame makin nyampah serta ditambah rasa bosan terhadap KESEMAKAN yg die dh buat kat page org tersebut..mereka selalunya tidak malu dan tidak berputus asa..SEHINGGA MEREKA DI BLOCK dan DI REMOVE dari PROFILE oleh org yg die minati sendiri..Kalo ADMIN FESBUKK pun dh lame tak kasi die register AWAL-AWAL..hehe..gelak skit..sbb MR.LOVE dh abis tulis ataupun taip serta tercakap dlm hati..

5.SECRET ADMIRER YANG TUNJUK BAIK SERTA MEMUJI MENGGUNUNG-PUJA GUNUNG-PUJI HINGGA KE PERGUNUNGAN
- mesti anda semua tahu apa maksud TAJUK kat atas sikit tu kan?? ahaha..nak MR.LOVE kasi terang lagi ke?? ish..lambat pikap turbo betol..kasi korek la otak..asah dengan main chess ke dam aji ke..nyusahkan jgk pade org2 yg tak reti nk paham nih..takpela..MR.LOVE smbung taip smbil hirup AIR KARROT SUSU kegemaran 7 keturunan..hmm..Orang seperti yg disebut-sebut diatas adalah orang yg suke memuji ataupun memuja serta meng"jekk" kan org yg diminatinya..selalunya fokus org ini adalah di photo album ataupun di gambar2 yg berkaitan dengan muke org yg diminatinya..walaupun org yg diminatinya botak pun org tersebut memuji menggunung bagaikan MODEL baju2 dalam ataupun baju luar..Sehinggakan muke ditumbuhi jerawat batu pun tetap LIKE dan memuja muja hingga ke pergunungan..org ini sanggup duduk membatu dan memikirkan ayat2 puitis yg berbentuk PUJI-PUJIAN terhadap org yg diminati hingga menepuk2 kepala untuk mengeluarkan IDEA-IDEA PUJA-PUJAAN..mereka tidak menghiraukan komen2 negatif org lain terhadap org yg diminatinya dan dia tetap menaip puji-pujian walaupun MAJORITI mengatakan org yg diminati itu TIDAK CANTIK,BURUK,HODOH,TAK HENSEM,MUKE PECAH RUMAH..mereka tetap membuat bodoh dan tidak amik peduli serta tak mahu pandang sebelah mata terhadap komen-komen berbaur negatif tersebut..


Aduhh..Letih Sungguh Bahu-Bahu Mr.Love Handstand kat Keybod duk taip..Mr.LOVE harap dengan kajian Mr.LOVE nih,dpt membantu anda mengenal pasti sifat anda mcm mana..hehe..Mr.LOVE tak ade niat nk MENGATA ataupun MENGUTUK serta MENYINDIR mane pihak..Kite pun same je..Mr.LOVE pun salah satu dari org diatas..hehehe..Mr.LOVE sedang membuat kajian yg lain..tetapi masih dirahsiakan dari pengetahuan umum ataupun pengetahuan am serta tak ketahuan oleh org lain..biarlah kajian Mr.LOVE tak diketahui lagi..

Mr.LOVE tau anda masih blum brenti gelak-gelak..korg gelak la byk-byk..padahal korg gelak kat kawan korg sendiri ataupun korang gelak kat korg sendiri agaknye..ahahahaha..MR.LOVE pun nk tumpang gelak..tp cume gelak kat korg la..ahhahahaah..

Pikir-Pikirkan..dan SELAMAT MENGE"SHARE"..hehe..Tag la Kawan2 Anda ataupun jiran berdekatan..mahupun sanak saudara..tiada cas tersembunyi di kenakan..harga pos juga tidak dicaj..

Perhatian : Kepada Sesiapa Yang KOMEN LEBIH ataupun LIKE LEBIH di ARTIKEL Mr.LOVE ini, Mr.LOVE tak akan anggap diorg mcm yg diatas nih..hehe..Mr.Love LIKE anda selalu berkomen dan berLIKE antara satu sama lain..

BYE..itu je kot..